Saturday, June 21, 2014

Berpurdah di universiti.

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Semua sedia maklum dengan kes saudari niqabis Zulaikha Adam, seorang pelajar Universiti Malaya, yang baru-baru ini dikatakan telah diarah keluar untuk mencabut purdahnya semasa beliau sedang menjawab peperiksaan. Saya doakan saudari diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi keadaan ini. Yakinlah Allah pasti nak kita belajar sesuatu dari kejadian itu. inshaAllah.

Jadi disini, ingin saya kongsikan sedikit sebanyak bagaimana pihak University West of England, menghadapi situasi pelajar Malaysia berpurdah, ketika peperiksaan.

Ini saya dan rakan-rakan di dalam kelas Power System. Oleh kerana lecturer saya suka sungguh handphone saya, dia suka amek gambar guna handphone saya, dan terhasillah gambar ini.

Alhamdulillah, saya baru sahaja menamatkan dua tahun untuk Degree Bachelor in Electrical and Electronic Engineering dan kini sedang menikmati summer break bersama keluarga di Malaysia. Sistem peperiksaan bagi course pengajian saya adalah setahun ada dua semester, sekali exam. Jadi, saya telah menghadapi peperiksaann besar sebanyak dua kali dan memakai purdah. Tiada masalah, tiada kena halau, tiada surat amaran. 

Pengenalan identiti diri.
Sebagai pelajar berpurdah yang telah menetapkan keputusan untuk belajar di luar negara, sebuah negara bukan Islam, kita perlu yakinkan diri untuk menghadapi situasi-situasi berikut;
1. Airport
2.Universiti (ketika attendance monitoring, ketika peperiksaan)

Dua situasi ini memerlukan pengenalan identiti diri dan setiap orang yang memakai purdah perlulah dibuka sementara sebagai pengesahan identiti kita sendiri. Dua situasi ini perlulah kita hormati sebagai  pemakai purdah kerana ini melibatkan keselamatan orang lain juga. Jadi, memang saya akan buka purdah untuk mereka melakukan pengesahan identiti diri saya. Dan kebiasaannya, mereka akan menyuruh officer wanita untuk melakukan sesi pengesahan muka dan student card saya. Juga, sesi ini dilakukan sebelum peperiksaan bermula dan di tempat yang tertutup. Diakhiri dengan ucapan "Lovely, thank you" dan senyuman yang menawan (orang-orang UK memang very polite dan suka senyum ya), saya pakai semula purdah, duduk dimeja peperiksaan dan jawab soalan dengan tenang tanpa gangguan apa pun.

Namun, tidak semua orang diberi pengalaman seperti yang saya alami. Tidak semua universiti boleh memberi kelonggaran seperti universiti saya beri pada saya. Jadi, jangan bersedih hati, jangan ikutkan emosi. Sering dipanggil "terrorist/ninja" oleh orang-orang local, di tempat orang, berjauhan dengan keluarga, bukan suatu perkara yang mudah untuk saya hadapi. Tapi saya yakin dengan kata-kata Allah,

La yukallifullahu nafsan illa wusa'ha
Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya.
(2:286)

Saya mendoakan agar sahabat-sahabat niqabis saya yang lain agar terus istiqamah dalam perjuangan ini. Jangan bersedih, Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Adil.
Ingat, syurga itu bukan mudah untuk dicapai tapi tak mustahil untuk digapai. 
Kita tidak tahu amalan mana yang membawa kita ke syurga.
Mohon doa kalian juga.












About Me

My photo
I don't write to say what I think but to know what I think. I'm a student of Electrical & Electronic Engineering in University West of England, Bristol. In case you have any questions, please don't hesitate to contact me via email : farahsyedidris@yahoo.com. Have a nice day and Muslims are not terrorists. Thank you.

Blog Archive

Follow by Email