Saturday, September 15, 2012

Procedure for study in United Kingdom

Bismillahhirrohmanirrohim
Segala puji bagi Allah atas segala peluang, rezeki, nikmat di dunia sementara, selawat dan junjungan ke atas pesuruh Allah, Nabi Muhammad s.a.w, kerabat serta keluarga baginda, mak saya, abah saya dan keluarga yang sentiasa di hati.

Anda teringin atau ada menyimpan citacita untuk sambung belajar (*undergraduate) di United Kingdom ? Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak caracara dan prosedur untuk kalian yang ingin sambung pelajaran di United Kingdom berdasarkan pengalaman saya.

1. University
Pemilihan universiti di United Kingdom boleh dilakukan sendiri melalui google search, atau education fair yang selalunya diadakan di PWTC, atau melalui khidmat agensi MABECS/Nazza Education/IDP. Kebiasaannya, lebih mudah jika kita menggunakan perkhidmatan education fair dan MABECS/NE/IDP. Segala persoalan kita boleh tanya terus dan mereka juga akan suggestkan universiti yang terbaik untuk kita mengikut course yang kita pilih.

Saya menggunakan perkhidmatan Nazza Education di mana semua admin sangat peramah dan baik hati. Saya hanya perlu scan semua dokumen ( diploma transcript, SPM, sijil GCEO level English 1119 *jika ada, sijilsijil ), dan emailkan saja pada NE, NE akan applykan universiti yang kita mahukan tanpa dikenakan bayaran apa pun. NE merupakan anak syarikat MARA. MARA hanya benarkan kami apply universiti yang top in ranking sahaja.

Juga boleh apply sendiri guna Direct Application jika terdapat di website unversiti tersebut, kira macam kalian direct email dengan pihak uni sana untuk mendapatkan offer letter.

2. Conditional / Unconditional Offer Letter
Setelah proses apply universiti selesai, kalian perlu tunggu seminggu dua/ sebulan dua untuk dapat maklum balas dari universiti sana. Kalau dapat unconditional offer letter, tiada masalah. Tetapi kalau dapat conditional offer letter ( tawaran bersyarat), biasanya universiti tersebut mahukan result IELTS kalian (mereka akan inform). Kebanyakan universiti di UK perlu IELTS .

3. IELTS (International English Language Test System)
IELTS macam MUET tapi susah sikit. UK universities memang standard kena dapatkan overall band score >6<9, dengan setiap komponen (Listening, Academic Reading, Academic Writing, Speaking) dapat each band score >5.5. Boleh didaftar di Subang Jaya atau cawangan lain dengan bayaran RM590. Kalau tak cukup requirement universiti, kena re-sit IELTS dengan bayaran yang sama. Boleh juga kalau nak polish english dengan cara join English class sebelum exam tersebut.

4. Self sponsor / Sponsorship
Saya di offerkan untuk pinjaman MARA yang dihandlekan oleh UniKL di bawah komuniti Skim Pelajar Cemerlang (SPC-IPMA). Memang tak mampu untuk self sponsor. Jumlah Mara bagi dari segi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun pakaian, elaun tiket flight ialah hampir mencecah RM500,000.00. yes, half of million per person. ini untuk UK ye. Selain Mara, kalian boleh juga cuba JPA atau lainlain.

Bagi kes saya, setelah dapat unconditional offer letter(UOL) dari universiti sana, saya perlu beri UOL tersebut kepada MARA untuk MARA issuekan Financial Statement(FS) / Financial Affidavit (FA). UK uni perlukan FS kita sebagai bukti yang kita ada duit yang cukup untuk belajar di sana. Dah siap FS, MARA kasi dokumendokumen offer letter dari MARA untuk kita isi sebagai peminjam. Fyi, bayaran semula pinjaman MARA adalah berdasarkan CGPA overall kita. Bila kita dah submit FS letter pada uni sana, uni sana akan issuekan CAS number untuk proses kita buat VISA.

5. University's Pre-Departure Program & Kem Biro Tata Negara (BTN)
Untuk program university's pre-departure, boleh google search sahaja. pihak Uni sana akan terangkan, ceritakan pasal uni, kawasan sekeliling, living cost, brief pasal accomodation etc. Kalau rasa bosan kat rumah, boleh lah join program ini kasi luas pemandangan.

Untuk Kem BTN, MARA mewajibkan kami untuk menghadiri kem ini. tetapi disebabkan masa yang singkat untuk kami, kem ini ditangguhkan dahulu dan akan diadakan setelah kami tamat belajar. mungkin.

6. Passport
Sila sediakan gambar berukuran passport yang terkini dan offer letter. Pada yang berumur bawah 21 tahun, akan dapat discount 50%. Passport RM300 dan prosesnya mengambil masa satu dua jam.

7. VISA
Untuk Visa terkini harganya RM1474 yang mengambil masa 7-14 hari. Perlu sediakan gambar berukuran UK dengan berlatarbelakangkan putih (white background). Biasanya kedai gambar tahu ukuran gambar visa UK.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sekadar ingin berkongsi, bagi proses untuk belajar ke luar negara lebih hebat daripada belajar di Malaysia. Perlu kuat dari segi fizikal dan mental. Duit 3 4 kali ganda perlu digunakan lebihlebih lagi yang duduk diluar kawasan Kuala Lumpur sebab ulangalik dari pejabat MARA, Nazza Education, etc. tetapi memang benar pepatah melayu, bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. macam saya dan sahabatsahabat seperjuangan yang bakal ke UK lagi dua minggu, MARA menyediakan elaun sara hidup 880pound (1 pound= RM5.20), elaun pakaian, elaun komputer, elaun buku, elaun tiket flight dan macam macam lagi. Boleh bayar balik duit mak abah yang dipinjam.

Alhamdulillah, semua Allah yang kasi.

Dan, barubaru ini saya dan sahabat saya yang lain telah menukar universiti lain atas hal yang tidak dapat dielakkan. Kami bakal menuntut ilmu dunia di University of the West of England, Bristol untuk MEng in Electrical and Electronic Engineering (3 years, level 2). citacita untuk mati syahid masih di nombor satu. Semoga Allah melindungi kami, dan permudahkan segala urusan. Harap sahabatsahabat yang lain mendoakan kami. Untuk prosedur di atas, saya tidaklah menceritakan sepenuhnya. lebih senang jika kalian terus contact dengan agensi agensi yang menyediakan perkhidmatan study abroad. Mereka lebih arif dalam bidang ini.

1 matlamat, 1 akidah, 1 ummah.
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

*undergraduate = degree / bachelor
postgraduate = master / phd

About Me

My photo
Farah Syed Idris was a student in United Kingdom and now she is working as an engineer in her hometown, Malaysia. She is married to Amir Bakri on 27 Aug 2016 and it was the happiest day of her live. If you have any further questions, please do not hesitate to contact Farah Syed Idris via email at farahsyedidris@yahoo.com. Have a nice day and thank you for reading. :)

Blog Archive

Labels