Wednesday, November 14, 2012

Simcard

Bismillahirrohmanirrohim
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. selawat dan salam ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w. salam rindu dan sayang kepada keluargaku di Malaysia. 

Bristol sekarang 10 degree celcius. daundaun pokok kian gugur jatuh ke bumi. ada hari hujan. ada hari matahari muncul. subhanAllah. alhamdulillah. Allah hu akbar. Semalam saya terima email daripada kakak Mazeana. Terima kasih kak untuk email akak. saya akan cuba kongsikan semua pengetahuan saya. in shaa Allah. 

Pada hari pertama saya dan sahabatsahabat tiba di tanah Bristol, malam tu terus senior bawak kami ke kedai runcit kira macam 7-eleven untuk dapatkan simcard. kalau takde simcard macam mana nak call family di Malaysia kan? kat sini yang saya tahu, ada beberapa jenis sim card; Three, Libara dan O2 etc. Three simcard merupakan sim yang common orangorang sini pakai sebab harga sim; 50 penny dan perlu topup 15 pound untuk aktifkan unlimited internet per month tetapi mahal untuk call Malaysia. dah tu, macam mana nak call Malaysia?

Jangan risau, untuk Libara simcard, saya tidak berpengetahuan sangat. tapi sahabatsahabat saya menggunakan O2 simcard (dapat free di universiti) untuk call Malaysia dengan kadar yang sangat murah. cakap selama dua jam, kena charge 1 pound sahaja kalau tidak silap. O2 simcard murah untuk call Malaysia tetapi sangat mahal untuk call UK user walaupun O2 simcard tersebut nombor UK.

disebabkan seluruh keluarga saya menggunakan smartphone, so saya hanya menggunakan Three simcard untuk unlimited internet selama sebulan ;
1-Guna viber untuk call family, whatsapp, facetime, g-talk etc
2-Guna personal Hotspot untuk laptop
3-Free call, messages untuk pengguna Three simcard yang lain
4-Internet laju jugaklah

Untuk mendapatkan topup, boleh cari di Co-operative Food supermarket, phone shop atau atm machine. 

Jujurnya di sini, untuk barangbarang elektronik, handphone, laptop Macbok pro etc agak mahal berbanding di Malaysia. Di sini, ramai pelajar beli handphone secara kontrak (2 tahun). selepas dua tahun, handphone tersebut perlulah di unlocked supaya boleh guna di Malaysia. ada handphone yang cash tapi locked, dan ada handphone yang cash tapi unlocked. tengok budget masingmasing.majoriti, pelajar di sini guna Iphone 4/ 4s/ 5. pelajar Malaysia ? semua samsung note 2 ok. taknak kalah haha

nombor UK sangat lah panjang. setelah dua minggu baru saya berjaya hafal nombor sendiri haha
semoga ini membantu kak Mazeana :)

1 pound = RM5.20
50 penny = 1/2 pound

About Me

My photo
Farah Syed Idris was a student in United Kingdom and now she is working as an engineer in her hometown, Malaysia. She is married to Amir Bakri on 27 Aug 2016 and it was the happiest day of her live. If you have any further questions, please do not hesitate to contact Farah Syed Idris via email at farahsyedidris@yahoo.com. Have a nice day and thank you for reading. :)

Blog Archive

Labels