Thursday, July 04, 2013

University West of England


Bismillahhirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Teringat akan kata-kata ustaz Don Daniyal,
"Allah mengakui di dalam Al-Quran, bahawa Rasulullah sallallahu'alahiwassalam bersifat ummi yang bermaksud buta huruf. Ini merupakan bukti yang Al-Quran ada wahyu daripada Allah, bukan rekaan Rasulullah kerana baginda bersifat ummi. Namun demikian, manusia yang paling banyak ilmunya ialah kekasih Allah iaitu Rasulullah kita. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan ilmu kita yang sangatlah sedikit sekali".
Wallahhu a'lam

Beberapa hari yang lalu, saya dapat soalan daripada sahabat saya yang kini belajar di UK juga, alhamdulillah beliau sudah berjaya mendapatkan first class degree dan kini sedang menunggu offer dari other universities untuk pengajian master beliau, in shaa Allah. Beliau berhasrat nak sambung belajar di universiti yang kini saya sedang belajar, iaitu University West of England, Bristol. So, saya nak share sikitlah suasana universiti ini.

Pemandangan UWE dari cafe, sewaktu musim salji.
University West of England atau lebih senang dipanggil sebagai UWE, ada dua kampus iaitu Frenchay Campus dan Bower Ashton Campus. UWE menyediakan pelbagai bentuk bidang pengajian, dan bidangbidang seperti Engineering, IT, dan lainlain terdapat di Frenchay Campus. Manakala, Bower Ashton Campus more kepada art.

Website :
http://www.uwe.ac.uk/

Kedai runcit, kedai buku, dan Natwest Bank di musim salji.
 Frenchay Campus terletak lebih kurang 25 minit dari City Centre yang menyediakan kemudahan public transports seperti bas Wessex dan teksi. Ianya bangunan yang sangat besar. Ada banyak blok, untuk engineering students, kami banyak kelas di blok Q dan N. Rasanya total blok A-Z kot. haha still tak habis pusing uni sendiri. Dalam universiti ini ada bank dan atm machines, ada kedai buku, ada SUshops (stationaries), ada pub, bar (tempat mat salleh dok lepak habis kelas), ada library empat tingkat, ada cafe yang jual sosej halal (vegetarian), ada kedai buahbuahan yang satu bakul buah berharga 1 pound, dan yang paling penting ialah ada surau yang sangat selesa. Alhamdulillah.

Universiti ini yang bestnya, beroperasi 24/7. Tiada masalah bagi students yang ingin gunakan lab dan library untuk buat assignments mahupun final year projects. Segala kemudahan disediakan, termasuk internet yang laju bak bugatti veyron. ;p



Sisterhood.
Dalam UWE, ada komuniti Muslim yang aktif. Ada hari tuh, diadakan minggu Islamik. So, seminggu tu sarat dengan programprogram Islamik, contohnya ceramah, talk about Palestine, spreadkan pamplet/buku yang bertemakan Islam pada non-muslims, dan banyak lagi.


Alhamdulillah.
Jujur, pada awalnya saya dapat University Strathclyde di Glasgow. Namun perancangan Allah lebih baik. SubhanAllah. Kami berada di satu tempat yang tiada sifat perkauman (racist), tempat yang senang nak dapatkan makanan/daging/ayam halal, tempat yang mempunyai ramai Muslims, tempat yang senang untuk mencari ilmu dunia dan akhirat, dan Bristol, tempat yang lebih mendekatkan saya dengan Allah. Alhamdulillah. 

"Ilmu itu Kitab (Quran) yang berbicara, dan Sunnah yang berdiri tegak"

About Me

My photo
Farah Syed Idris was a student in United Kingdom and now she is working as an engineer in her hometown, Malaysia. She is married to Amir Bakri on 27 Aug 2016 and it was the happiest day of her live. If you have any further questions, please do not hesitate to contact Farah Syed Idris via email at farahsyedidris@yahoo.com. Have a nice day and thank you for reading. :)

Blog Archive

Labels