Tuesday, June 25, 2013

Cuticuti di Cotswold.

Bismillahhirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Apa khabar iman kita hari ini? 
Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah. Berita terkini ialah jerebu di Malaysia. Doa ku titip setiap hari agar mak, abah dan keluargaku sentiasa dilindungiNya. Bimbang ini, levelnya tidak melebihi keyakinan pada Allah. Sesungguhnya, daripada Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali. 
:)
Masih lagi di area cuti semester. Well, cuti pun sampai Semptember nanti. So, saya juga sempat bercuticuti di Cotswold yang terletak di Heart of England, katanya lah. Tujuan utamanya ialah nak melihat bungabunga yang sangat cantik di musim summer. Percutian selama dua hari satu malam ini berjaya dilakukan secara individual, kerana sahabatsahabat lain pergi bercuti ke tempat lain, ada yang bersama keluarga, ada juga seperti saya, individually. 
Ok.
Saya gerak ke Cotswold menaiki train dari Bristol Temple Mead ke Gloucester, dan menaiki bas terus ke Cheltenham Spa. Dari Cheltenham Spa, saya naik bas ke tempat saya menginap. Seperti biasa, tempat penginapan saya dilaksanakan oleh pihak Tourist Information Office di Gloucester. Thank you so much, Anna (kalau tak silap), she's French. Mestilah perkhidmatannya, percuma.
Saya sampai lebih kurang petang. Penat. Terus check-in bilik, a guest house. Harga 50pounds per night. 


Bagi menentukan waktu solat dan arah kiblat, saya menggunakan aplikasi

Islamic Compass Free - Prayer Times and Adhan.

Aplikasi ini menjadi kepercayaan saya kerana ianya memperolehi dua ribu lebih pengguna berbanding dengan aplikasi yang lain. Selebihnya, saya serahkan pada Allah.
Baik. Pada keesokan harinya, alhamdulillah, the house owner menyediakan smokey salmon, scramble eggs, a cup of coffee and piece of toast.


Sebelum memulakan perjalanan, jangan lupa baca ayat Qursi. Cuaca pada hari tersebut agak mendung. So, saya tak berjalan sangat. Lagipun Cotswold nih besar, dia macam kampungkampung yang cantik. Saya sarankan, sesiapa yang nak jalanjalan di Cotswold, better naik kereta. Lagi best lah.

Tempat saya menginap : Bourton On the Water, the Venice of Cotswold
link : http://www.bourtoninfo.com/
 
Cuaca mendung dan hujan, menyebabkan saya tidak pergi berlarilari di padang bunga yang luas dan cantik ini. Ini pun saya ambil gambar semasa bas bergerak. Sedih. In shaa Allah, lepas nih pergi naik kereta, beramairamai. Buat usrah tengahtengah padang tu. Haa.

 Last but not least, an advise;
Bring cash money, everywhere.
Kawasan kampung macam Cotswold nih, tak banyak bank. Guest houses kebanyakannya terima pembayaran secara cash, bukan debit card. Kalau boleh, bawaklah lebihlebih sikit. Nanti nak beli souvenir lagi. Sekian.

Duduk di UK, memang mengajar saya apa tu kebesaran Allah. Dan bila kita dalam kesusahan, kita berdoa, lalu Allah makbulkan. SubhanAllah. Terima kasih ya Allah, kerana pertemukan aku dengan seorang wanita English (the guest house owner) yang ingin belajar Islam di Indonesia pada tahun depan. Terima kasih juga ya Allah, kerana memberi pertolongan melalui seorang wanita yang menumpangkan keretanya ketika aku berjalan kaki. 

Pergi berjalan, bukan sekadar untuk pengalaman, tetapi untuk peringatan.
Sejauh mana kita pergi, sedalam itu juga kita berserah pada Empunya diri.
Setiap nikmat disyukuri, bergembira jangan sampai lupa mati.
Assalammualaikum.


About Me

My photo
Farah Syed Idris was a student in United Kingdom and now she is working as an engineer in her hometown, Malaysia. She is married to Amir Bakri on 27 Aug 2016 and it was the happiest day of her live. If you have any further questions, please do not hesitate to contact Farah Syed Idris via email at farahsyedidris@yahoo.com. Have a nice day and thank you for reading. :)

Blog Archive

Labels