Friday, November 23, 2012

Final step before fly to UK, VISA.

Bismillahhirohmanirrohim. 
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. selawat dan salam ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan kaum kerabat baginda. semoga kita semua dirahmati Allah. aaminn.
terima kasih ya Allah atas keamanan Palestine. apa yang terjadi di Gaza, sangatsangat memberi kesan yang positif untuk anakanak muda macam saya. semakin merasai kekuasaan Allah. subhanAllah. alhamdulillah. Allah hu akbar.

Pagi tadi, saya dapat satu email daripada seorang pelajar yang berniat untuk sambung belajar ke UK. alhamdulillah. tak semua dapat rezeki macam kita ya saudara. jangan lupe buat solat sunat syukur. dan beliau ada beberapa soalan berkaitan visa. saya cuba jawab, harap dapat membantu saudara dengan jawapanjawapan saya. in shaa Allah.

Soalan ; "Apakah yang perlu saya lakukan selepas membuat gambar passport dan bank draft untuk membayar kepada vfs malaysia? boleh explain sikit tak ntok next step and berapa lama masa diambil untuk visa disiapkan?"

Baiklah. bagi procedure saya belajar di uk, sy menggunakan perkhidmatan Nazza Education (boleh google jika inginkan maklumat lebih lanjut). berdasarkan kpd pengalaman saya, lebih mudah jika guna agent sbb mereka lebih tahu, mereka boleh direct contact dengan pihak university, 10 tahun pengalaman, dan kita tak kelamkabut dan serabut sangat :). tapi takpe saya cuba mana yang termampu untuk bantu saudara. :)

1. make sure dah dapat CAS statement from university (wajib)
takde CAS statement, tak boleh buat visa ye. ni salah satu requirement untuk buat visa.

2. gambar untuk visa (white background) - buat 8 keping pun ok juga.

3. buat bank draft utk bayar vfs (bank draft rm1450)
"bank draft untuk visa ini untuk apa sebenarnya, farah ?"
ok. bank draft ni supaya kita tak perlu bawak duit banyakbanyak kat office visa tu nanti. kita pergi bank, bawa duit rm1450 siapsiap, pastu pergi counter cakap "encik, saya nak buat bank draft". nanti dia bagi form, kena isi nama pembayar (nama kita) dan penerima.
tulis kat bahagian penerima = VFS (Malaysia SDN. BHD) pastu bagi je kat counter. mereka akan uruskan. simpan bank draft tu baikbaik.

4. buat visa online application
http://www.ukba.homeoffice.gov.uk/countries/online/?langname=null

(bahagian visa online application, ada beberapa form yang kita kena isi. seriously part ini memang kena tepat, padat dan mutakhir. jangan ada tiputipu. saya suggestkan saudara gunakan perkhidmatan Nazza Education. mereka akan check kan semua details dan pastikan semua tersusun, dan lengkap sebelum saudara pergi appoinment. untuk mengelakkan masalah yang tak sepatutnya berlaku )

5. bila semua sudah lengkap, baru boleh buat appoinment dengan Visa uk border agency di MCA office di KL. kita boleh pilih masa appoinment, isnin-jumaat jam 8am-2pm sahaja. and make sure datang on time.

"appoinment ni untuk apa? ke macam interview kerja tu? kena pakai smartsmart ke? apa soalan diorang tanya?"
tidak tidak. appoinment ni bukan apa pun. nanti dah setel dokumendokumen kat kaunter Visa office tu, kita kene tunggu kejap, nanti nombor giliran disebut, kita kena masuk satu bilik. dalam bilik tu ada seorang kakitangan yang friendly dan cctv, kita kene berdiri pandang cctv selama 10 saat. pastu kita kena ambik gambar. so pakai lah smartsmart. gambar tu dia tak buat apa pun, sebagai koleksi simpanan sahaja. kat visa nanti dia guna gambar visa yang kita ambik di studio yang kita bawak sendiri. itu sahaja. pastu boleh pergi klcc cari baju sejuk. haha

"apa dokumen yang saya nak kena bawak masa pergi visa office tingkat 19 tu?"
sila bawa dokumen (Cas statement, passport, sponsorship letter, ielts result, university unconditional offer letter) dan
bank draft = rm1450 (2 weeks boleh siap). kalau nak cepat sediakan rm400 (fast track which is amek masa 3 hari boleh siap. bayar cash kat counter.

7. dah siap visa, boleh start packing barang dan get ready to fly.

peringatan ; nak buat visa kena make sure semua dokumen yang visa nak, kena ada kena lengkap, kena tepat padat dan mutakhir. jangan ada silap sebab nanti boleh effect future. 

sambilsambil tunggu visa nak siap, boleh lah caricari long john, baju sejuk beli lah satu. kat uk murahmurah. beli lah laptop and smartphone. boleh lah suruh mak masak sedapsedap. beli stok makanan banyakbanyak. sini orang uk tak makan sos cili. sedih juga. haha. itu sahaja kot. 

harap dapat membantu saudarasaudari yang ingin sambung belajar di UK. memang procedure dia sangat banyak dan melecehkan. but you have to trust me, UK sangat best. segala penat lelah pasti terbalas bila anda sampai di UK. :D

About Me

My photo
Farah Syed Idris was a student in United Kingdom and now she is working as an engineer in her hometown, Malaysia. She is married to Amir Bakri on 27 Aug 2016 and it was the happiest day of her live. If you have any further questions, please do not hesitate to contact Farah Syed Idris via email at farahsyedidris@yahoo.com. Have a nice day and thank you for reading. :)

Blog Archive

Labels