Bismillahhirohmanirrohim
Dengan nama Allah yang maha pemberi rezeki. Yakinkan hati kita, Allah yang bagi rezeki, bukan manusia. Jangan pernah meragui kuasa Allah.
Semoga saudarasaudariku di Palestine mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. aaminn
Zabihah? Apakah ini? Mungkin nama seseorang. saya pun tidak tahu. haha
Zabihah merupakan satu aplikasi smartphone boleh download melalui application store masingmasing. search sahaja "Zabihah", in shaa Allah anda akan jumpa simbol dan logo seperti gambar di atas.
apa fungsi aplikasi zabihah ini?
Kebiasaan orangorang Muslim di Bristol menggunakan aplikasi ini untuk memudahkan pencarian restoran dan supermarket yang jual makanan halal seperti daging, ayam dan lainlain. aplikasi ini sangat memudahkan, siap sekali dengan map. so, sangat mudah untuk dapatkan restoran halal seperti KFC, Subway, Nando's, Tampopo dan banyak lagi. ada restoran yang letakkan logo halal di luar restoran, ada yang letak di dalam menu.
Supermarket yang saya dan sahabatsahabat biasa pergi untuk dapatkan daging dan ayam halal ialah di Asda supermarket di Cribbs. Lebih kurang setengah jam dari rumah. dalam Asda, bahagian daging dan ayam halal di asingkan dengan daging dan ayam yang lain. dan ada bendera tulis halal warna hijau kat area fridge tersebut. perencahperencah semua ada. sos cili, sayur semua ada kat situ. memang sangat senang dan murah.
Selain itu, ada juga Aftah Butcher, 10 minit dari rumah. Aftah Butcher memang orang Islam, afganistan yang jual. memang semua dijamin halal. ada daging ada ayam, perencah semua ada. Ada juga seniorsenior cakap supermarket yang jual makananmakanan halal di Easton. tapi kami tak cuba lagi. in shaa Allah, ada rezeki kami akan sampai di sana.
Logo halal di UK sangat strict. apaapapun, kita kena lah tengok dulu ingredients sesuatu makanan yang ada logo halal. sebab ada je yang jual halal bacon.
Bacon = cured meat prepared from a pig.
Harihari kami masak di rumah. lebih jimat lebih sedap lebih menyelerakan. dan peti ais memang penuh dengan makanan untuk stok sebulan. tapi kadangkadang seminggu pun dah habis stok makanan haha. sini kan sejuk, setiap masa lapar. huu
semoga ini membantu kak mazeana. :)