Thursday, June 20, 2013

Cuticuti di Penzance, West Cornwall.

Bismillahhirrahmannirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.
The castle on the rock : St Michael's Mount, Penzance, England


Di universiti saya, sistemnya dua semester satu kali exam. memang tipu lah kalau tak rasa otak ni terkejut bak terkena renjatan elektrik. Pendek cerita, saya baru habis exam bulan lepas. Ada paper boleh jawab, ada yang tidak. Alhamdulillah. Total lima papers selama sebulan, dan bulan May tu merupakan bulan yang sangat stress. Habis je exam, terus saya cari pantai, kononnya nak tenangkan diri. So, saya pilih Penzance yang terletak di West Cornwall. Disebabkan percutian ini secara individu dan tanpa research yang mendalam, makanya bajet yang digunakan agak tinggi. Di UK ni, kalau kita book train, flight atau bas, awal, harganya jauh lebih murah. Paling best, kita boleh book train ticket melalui apps iphone/android. Masukkan semua details dan nombor card holder, lepas tu kita just cucuk kad bank kita di mesin yang disediakan di train station. Sangat mudah dan effektif. Train pun memang on time.



apps : thetrainline

Setelah beli tiket, perjalanan yang mengambil masa selama 4 ke 5 jam, saya gunakan untuk search guest house atau hotel yang terdapat di Penzance. Dalam train ada plug, so jangan bimbang akan kehabisan bateri. Kalau malas nak research, boleh je call terus Tourist Information Office tempat yang kita nak pergi tu. So, kita boleh mintak dia carikan tempat penginapan kita secara percuma. Disamping itu, kalau nak pergi manamana tempat yang best, tempat pertama yang perlu kita pergi ialan tourist information office sebab kat situ ada banyak pamplet, dan sourvenir. 

Orait. Sekarang musim summer, panasnya tidak seperti Malaysia. Sebab di sini panasnya terik tapi angin sejuk kuat. Tu yang mat salleh semua suka berjemur. Dah hantar luggage ke bilik, oh saya pilih guest house berharga 40pound per night including breakfast, dekat dengan pantai, selesa, owner dia nama Sarah, sangat friendly. Jangan risau, sebab kebanyakan guest house atau hotel, mereka akan tanya kita nak makan apa untuk breakfast. Basically, mereka sangat menghormati agama kita. 

The castle on the rock's entrance.

Di Penzance, ada harbour side, ada bandar dan biasanya orang nak pergi naik castle on the rock. Castle on the rock betulbetul terletak di tengah laut. So, kita kena berjalan kaki untuk ke sana. Tetapi, disebabkan hari sabtu, ramai sangat orang, saya malas nak beratur nak masuk castle tersebut. Jadinya, saya pusingpusing naik bot sahaja. Naik bot harganya 3pound per person.

Alhamdulillah, masa saya pergi situ, ada polis dua orang escorted saya. Sebab mereka risau saya diapa-apakan. Memang tak sangkalah. Lepas tu, ada pakcik photographer menawarkan diri untuk ambilkan gambar saya. Pastu saya dapat sorvenir dari Sarah. Suatu pengalaman yang takkan saya lupakan. Semoga Allah merahmati mereka semua. Aaminn.

Advises ; 
1. Pakai sneakers atau sport shoes supaya senang nak berjalan jauh.
2. Bawa passport dan student card ke mana sahaja.
3. Bawa mineral water dan roti dalam bag.

Love from Penzance, May 2013,
Farahana.

About Me

My photo
Farah Syed Idris was a student in United Kingdom and now she is working as an engineer in her hometown, Malaysia. She is married to Amir Bakri on 27 Aug 2016 and it was the happiest day of her live. If you have any further questions, please do not hesitate to contact Farah Syed Idris via email at farahsyedidris@yahoo.com. Have a nice day and thank you for reading. :)

Blog Archive

Labels