Saturday, June 21, 2014

Berpurdah di universiti.

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Semua sedia maklum dengan kes saudari niqabis Zulaikha Adam, seorang pelajar Universiti Malaya, yang baru-baru ini dikatakan telah diarah keluar untuk mencabut purdahnya semasa beliau sedang menjawab peperiksaan. Saya doakan saudari diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi keadaan ini. Yakinlah Allah pasti nak kita belajar sesuatu dari kejadian itu. inshaAllah.

Jadi disini, ingin saya kongsikan sedikit sebanyak bagaimana pihak University West of England, menghadapi situasi pelajar Malaysia berpurdah, ketika peperiksaan.

Ini saya dan rakan-rakan di dalam kelas Power System. Oleh kerana lecturer saya suka sungguh handphone saya, dia suka amek gambar guna handphone saya, dan terhasillah gambar ini.

Alhamdulillah, saya baru sahaja menamatkan dua tahun untuk Degree Bachelor in Electrical and Electronic Engineering dan kini sedang menikmati summer break bersama keluarga di Malaysia. Sistem peperiksaan bagi course pengajian saya adalah setahun ada dua semester, sekali exam. Jadi, saya telah menghadapi peperiksaann besar sebanyak dua kali dan memakai purdah. Tiada masalah, tiada kena halau, tiada surat amaran. 

Pengenalan identiti diri.
Sebagai pelajar berpurdah yang telah menetapkan keputusan untuk belajar di luar negara, sebuah negara bukan Islam, kita perlu yakinkan diri untuk menghadapi situasi-situasi berikut;
1. Airport
2.Universiti (ketika attendance monitoring, ketika peperiksaan)

Dua situasi ini memerlukan pengenalan identiti diri dan setiap orang yang memakai purdah perlulah dibuka sementara sebagai pengesahan identiti kita sendiri. Dua situasi ini perlulah kita hormati sebagai  pemakai purdah kerana ini melibatkan keselamatan orang lain juga. Jadi, memang saya akan buka purdah untuk mereka melakukan pengesahan identiti diri saya. Dan kebiasaannya, mereka akan menyuruh officer wanita untuk melakukan sesi pengesahan muka dan student card saya. Juga, sesi ini dilakukan sebelum peperiksaan bermula dan di tempat yang tertutup. Diakhiri dengan ucapan "Lovely, thank you" dan senyuman yang menawan (orang-orang UK memang very polite dan suka senyum ya), saya pakai semula purdah, duduk dimeja peperiksaan dan jawab soalan dengan tenang tanpa gangguan apa pun.

Namun, tidak semua orang diberi pengalaman seperti yang saya alami. Tidak semua universiti boleh memberi kelonggaran seperti universiti saya beri pada saya. Jadi, jangan bersedih hati, jangan ikutkan emosi. Sering dipanggil "terrorist/ninja" oleh orang-orang local, di tempat orang, berjauhan dengan keluarga, bukan suatu perkara yang mudah untuk saya hadapi. Tapi saya yakin dengan kata-kata Allah,

La yukallifullahu nafsan illa wusa'ha
Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya.
(2:286)

Saya mendoakan agar sahabat-sahabat niqabis saya yang lain agar terus istiqamah dalam perjuangan ini. Jangan bersedih, Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Adil.
Ingat, syurga itu bukan mudah untuk dicapai tapi tak mustahil untuk digapai. 
Kita tidak tahu amalan mana yang membawa kita ke syurga.
Mohon doa kalian juga.












Monday, June 09, 2014

Study abroad: Wonderful Overseas Weekend Programme

Wonderful Overseas Weekend (WOW) 2014 is an exciting pre-departure programme to provide insights, tips and tricks of living abroad. Especially for Muslim students who will be flying to the United Kingdom, Republic of Ireland, Czech Republic, United States, Australia, New Zealand, India and others, WOW this year is proudly presented to you by INTELEK and Platform Siswa Islam Malaysia UK (PRISM).


And it's getting more and more exciting this year, because we brought to you special guest speakers including Ustaz Syaari Abd Rahman, Prof Mohd Hamdi Abd Shukor, Aiman Azlan, Ustaz Ridhauddin & Ustaz Nushi Mahfodz!

This year, the programme will take place at Lembah Klang Area (exact venue to be announced soon) for 4 days from 11th July until 14th July! Register now at http://wow.intelek.org.my/register for early-bird discounts! Price is inclusive of food & accommodation.

Prepare yourself to be WOW'ed!



Let's explore the world and see you there, inshaAllah.
Regards,
Farah.

Thursday, April 24, 2014

Sisterhood.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” 
(Al Hujurat: 10)


Wednesday, April 23, 2014

Paris.


Eiffel Tower from Trocadero view.
Bismillahirrahmanirrahim (dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani). Teringat akan kisah yang berlaku di train station sewaktu di Paris. Waktu itu saya duduk di kerusi yang disediakan. Tiba-tiba ada seorang lelaki France, dengan pemakaian hip hopnya, bermuka bengis. Sebagai seorang muslimah, sememangnya, takut bila berhadapan dengan lelaki begini. Dalam hati jangan cakap lah, nonstop doa agar Allah lindungi saya daripada perkara yang tidak dijangkakan. Namun, saya sangat terkejut, apabila lelaki tersebut keluarkan Al-Quran dari begnya lalu membacanya. SubhanAllah. Benarlah janji Allah,

"Ihfazillah yahfazka
Jagalah Allah, maka Allah mengajagamu."

Thursday, January 02, 2014

Book.


Book: You Can Be the Happiest Woman in the World (A Treasure Chest of Reminders) by Dr. Aid al-Qarni.

Azam 2014,
Ingin menerapkan dalam diri sikap suka membaca, sebulan satu buku.
InshaAllah.

Monday, December 30, 2013

#Murung

Bangkit lekas.
dari pandangan ke dinding kosong.
imaginasi yang mengkhayalkan tidak berkedip.
ah masalah tiba bukan suka rasa.
jangan kau mati di situ.
bentukkan semula hati yang berselerak.
dan tempatkan ia bersama pemiliknya;
Tuhan.

Sunday, December 15, 2013

Our responsibility.

"Tidak cukup menjadi seorang Muslim, kita mestilah menjadi seorang Muslim yang beriman. Tidak cukup beriman saja, namun kita mesti beriman dan berilmu.Tidak cukup kita menjadi Muslim beriman yang berilmu, namun kita mesti beramal dengan ilmu itu. Dan tidak cukup kita beramal kita mesti ikhlas dalam segala amalan".




About Me

My photo
I don't write to say what I think but to know what I think. I'm a student of Electrical & Electronic Engineering in University West of England, Bristol. In case you have any questions, please don't hesitate to contact me via email : farahsyedidris@yahoo.com. Have a nice day and Muslims are not terrorists. Thank you.

Blog Archive

Follow by Email